Saturday, October 2, 2010

Selamat Ulang Tahun, Sayang..

Naufal yang ibu dambakan...
5 tahun ibu nantikan kehadiran Naufal dalam hidup ibu. Setiap kali ibu lewat datang haid, ibu raser excited sangat. Tapi keghairahan tu selalu berakhir dengan ibu menangis teresak esak dalam toilet sambil pegang pregnancy test kit yang tunjukkan single line. Single line lagik....dan saat itu hati ibu mcm kena cocok cocok dengan pisau yang tajam. Lepas 15 minit, ibu tengok muker pat cermin, ibu kesat airmata, ibu kemaskan mascara yang comot, tepukkan bedak untuk tutup hidung ibu yang merah dan mata yang sembab dan ibu cuber tersenyum untuk hadap kehidupan sekali lagik..Senario serupa berulang bulan demi bulan..Sampai masa ibu dah malas nak check setiap kali terlewat. Tapi dalam hati, hanya Allah saja yg tahu betapa terkilannya ibu.


Kasut raya Naufal yang pertama ibu belikan.

Naufal anakku...
Setiap kali ibu telan obat yang pahit, ibu raser sesak sangat. Obat tu buat ibu makin "bloated". Ibu raser rimas sebab badan ibu makin naik. Ibu macam hilang keyakinan diri. Ibu hilang mood. Ibu jadi cengeng. Dan ibu terkejar kejar masa "subur" yang Dr suruh check tiap tiap kali ada perubahan. Rimas...tapi untuk dapatkan seorang Naufal, telan bara api pon ibu sanggop.


Nie Naufal umur 3 bulan. Comel. Bulat. Susu badan!


Naufal permata hatiku...
Biler Dr cakap ibu tak respond dengan treatment, ibu sedih sangat sangat. Menitik airmata ibu. Tak abes abes Dr tu cakap pasal ibu nie overweight. Oh hello! Ada jugak yang pat luar sana badan mcm gerabak keretapi, tapi anak berderet okey! Sakitnye hati ni....tiap kali pass by Mothercare, tak abes abes ibu belek baju baby yang lawa lawa, walaopon ibu terbelek baju baby warna pink lebih dari yang blue!


He enjoys traveling, eating and Discovery Channel
 
Naufal, yang memberi ibu nafas baru...
Biler ibu dapat tahu ibu hamil, airmata ni tak putus berderai. Sebab wahai anakku, kehadiran Naufal dalam rahim ibu hanya ibu tahu selepas 24 MINGGU!! Its like 6 months and IBU TAK TAHU YANG IBU NI HAMIL????!! Allahuakbar. Bila Dia mengkehendaki, dengan sekelip mata diberikan kenikmatan pada waktu ibu tidak mengharapkan apa apa. Ibu nie nama aje keje nurse, tapi nurse bodoh agaknye..Atau, Naufal seorang anak yang sangat baik tidak menyusahkan ibu. Alhamdulillah. Ibu tak muntah muntah. Ibu tak raser pening. Ibu tak mengidam. Malah tym pegi pasar, Ibu pernah terjatuh dan apple merah abes berterabur...hehe. Cumer ibu tahu, ibu penat and ngantuk teramat. Dan ibu suker sangat makan lauk lemak tahu tempeh dengan ikan selar goreng dan sambal belacan, yoghurt, sandwiches and kurma..
Tiap solat ibu berdoa agar Naufal lahir sempurna dan sihat. Tu aje doa ibu..Malam malam ibu menangis sebab ibu tak sangka ibu diberi nikmat untuk merasakan bagaimana rasernya mengandung. Perut ibu lawa. Bulat. Kulit ibu makin berseri seri. Dan rambut ibu jadi sihat sekali. I think i was at my best when im carrying you, Naufal.
Baju baby Naufal ibu beli, ibu cuci and ibu gantung dalam almari. Setiap kali Ibu letakkan baju tu pat dada ibu, ibu bayangkan macam mane muker Naufal nanti.
Ive enjoyed reading to you and swim with you. Sebab tu Naufal sekarang pon suker baca buku and swimming, kan?




Naufal yang ibu nanti nantikan...
Sakit nak melahirkan memang takde suitable words ibu nak describe. Kalo boleh terjun dari bilik bersalin tu agaknye, ibu memang sanggup! Haha..Dari pukul 11am ibu tahan, sampai pukul 630pm ibu dah muler raser resah. Tapi Naufal taknak jugak keluar..Dr terpaksa pecahkan waterbag ibu. Masukkan drip jadi permukaan rahim terbukak. Ohhh sakit betol lah! Pusing kiri tak boleh, pusing kanan pon sakit. Pinggang ibu mcm nak patah. Ibu dengar bilik sebelah ada seorang wanita yang tengah nak melahirkan, terpekik pekik. Ibu jadi takot. Tapi dalam menahan kesakitan tu, hanya zikrullah yang termampu. Ibu berdoa agar Naufal tak susah nak keluar nanti. Dan airmata ibu menitik teringat nenek yang melahirkan Ibu dulu. Ibu raser kesal. Kalo ibu tahu betapa sakitnya melahirkan, ibu taknak kasi nenek sedih. Saat tu, ibu baru tahu erti makna SYURGA DITELAPAK KAKI IBU.

2300HRS 04102001...
Ibu raser macam nak terbuang air besar. Ibu muler teran. Abah marah. Dia tak kasi ibu teran dulu. Ibu takleh control ler...Macam mane nak control..Abah kol nurse..Nurse masuk. Dia check cervix ibu da dilate 8cm. Nurse kol Dr specialist yang jaga ibu. Nurse makin ramai yang masuk. Lampu semua dorang nyalakan, Bilik ibu jadi terang benderang macam pat stadium. Hehe

2315HRS 04102001...
Nurses berdiri kiri kanan ibu. Kedua kaki ibu dirapatkan kedada. Pada saat tu hilang semua raser malu. Ibu cumer nak Naufal keluar. Ibu da rindu sangat nak tengok muker anak ibu. Rindu sangat sangat...Dr dah sampai...Cool aje dia..Abah berdiri pat tepi. Abah usap2 rambut ibu. Ibu genggam tangan abah sampai ada bekas kuku ibu. Blue black sampai 2 hari.

"Push!!!! Push!!!...Breath in.....1 2 3...push!!!!!" Tu aje yang Ibu dengar. Bukan main lagik nurse india yang baik hati tu suruh Ibu push. Bergema suara dia mcm lagu rayer pat radio..ulang ulang.

Nafas ibu lelah. Ibu macam dah penat. Naufal taknak keluar.

2338HRS 04102001...
Tapi with one last push, Naufal lahir kedunia. Waktu tu Ibu cumer dengar Abah cumer cakap Allahuakbar...and Ibu nangis lagik...Suddenly ibu raser mcm segala kepenatan  yang berserabut, hilang. Ibu raser ringan sangat. Ibu dengar suara Naufal. Heeee...Lepas tu, nurse letakkan Naufal pat dada ibu...Naufal comel skali. Ibu nangis lagik...haiss..nangis aje ibu ni..hehe

Muhammad Naufal
Yang pemurah dan dermawan. Walopon tak kaya harta, biarlah anak ibu pemurah dengan senyuman dan kasih sayang ya nak...



Naufal, anak ibu yang sempurna...
9 tahun dah berlalu, tapi ibu masih ingat setiap detik melahirkan mu nak....Kalo ibu dapat ulang sekali lagik, ibu sanggup. Ibu tak pernah menyesal. Ibu sangat bersyukur. Tanpa Naufal, hidup ibu kosong. Terima kasih anak ku kerana menjadikan ibu seorang wanita yang sangat sempurna. Dan ibu kenal diri sendiri sejak Naufal ada dalam diri ibu.


nutella choc fudge cake from aunty mid. delicious!

Naufal appreciates a small circle of friends whom he can really call siblings of his own


Naufal yang akan mendoakan  biler ibu sudah tiada...
Anak ku Naufal....selamat hari lahir nak..ibu tak mengharapkan apa apa. Cumer 3 pesan ibu, ingat Allah, jangan sombong diri dan selalu hormat orang tua. Insya allah hidup mu selamat wahai anak ku. Naufal, be a good cultivated individual when you grow up. Kadang kadang ibu marah, ibu terpekik terlolong mcm tarzan pencen pat Naufal, tapi tu pasal ibu sayangkan Naufal. Selamat ulangtahun sayang..I hope you enjoy the small celebration we had at home with our loved ones. Im happy to see you happy.

HAPPY BIRTHDAY NAUFAL.




2 comments:

aNa d'sKoDenG said...

alahai..terharu plak baca coretan ibu naufal ni..
naufal sebaya anak saya..9thn
happy belated bebsday naufal..

Sheida said...

oh ibu naufal now ngah try 2nd one. pon same tapi tak sesedih n setress mcm dulu. insya allah adalah rezeki satu hari nanti.
thks ana...

Related Posts with Thumbnails