Monday, November 1, 2010

One Night Stand

Tak puas rasernye cuti kali ni..Bertolak hari jumaat, balek hari Sabtu..Sepatotnye cuti 5 hari straight tapi pasal Boss overlooked 1 working day, kena bayar balek keje hari Ahad. Takpelah..dapat rehatkan mind body and soul 1 malam pon jadiklah...


1 nite here we are!

Ya tu nama saye..TQ

Ngorok nan indah menanti

 Cuber buat gini pat umah, komperm bill letrik naik.

Room view



I love clean big bathroom

Nie lah..salah satu nikmat yang tak terperi utk aku destress

 Sunset at tebrau

Tempat makan wajib



                                

Ada oats prawns..roasted chicken..ikan..sayuran..ketawa..makan..minum...bill RM260..calori dan cholesterol.
FINAL VERDICT: Penginapan 1 malam di Executive Suite dan 2 botol Perrier yang dibukak ketika haus: RM649. Badan dan minda yang cukup rehat: PRICELESS.

Friday, October 29, 2010

Leaving you a lil goodbye



THE WEEKEND IS HERE! HAVE A GOOD WEEKEND YOU ALL!!! IM DITCHING MY PINK SCRUB SUIT AND THE MOBILE FOR A QUIET, LAZY FRIDAY AND SATURDAY. MUCH LOVE..XOXOXO

Friday, October 22, 2010

Tragedi October

My camera is OK. The fault lies in the weather. Fire in Sumatra. So bad. So hazy. So i cough! And cough! And cough! Waking up to a beautiful lake view no more.Today PSI level is at 83 as at 12pm. Sigh. Am looking forward for a glorious weekend. But if the weather gets bad, i dun mind having breakfast in bed. And lunch...maybe dinner too! Pemalas nye cheetah!!!


12pm..maseh ada harapan

1.19pm...Takde harapan langsung! Ok top tingkap!

Teman baik. Dikala sempot.


Tuesday, October 19, 2010

Too Cosy For Tea

Had tea before we watched  Eat,Pray,Love at this small cosy boutique cafe. Cos its not all teas and scones and all sweet and nice but cute lil angelic figurines and french country knick knacks. L'amour!

sheer delight





mushroom soup for the lil baby in the tummy
dainty la dolce vita

Freshly baked english scones.

Opps..in the pursue of camwhoring glory, my braces took a peek.


And please, watch the movie! If you are a sucker for  Bali and Julia Roberts, facing mid life crisis in search of your inner self, this is it!

Saturday, October 2, 2010

Selamat Ulang Tahun, Sayang..

Naufal yang ibu dambakan...
5 tahun ibu nantikan kehadiran Naufal dalam hidup ibu. Setiap kali ibu lewat datang haid, ibu raser excited sangat. Tapi keghairahan tu selalu berakhir dengan ibu menangis teresak esak dalam toilet sambil pegang pregnancy test kit yang tunjukkan single line. Single line lagik....dan saat itu hati ibu mcm kena cocok cocok dengan pisau yang tajam. Lepas 15 minit, ibu tengok muker pat cermin, ibu kesat airmata, ibu kemaskan mascara yang comot, tepukkan bedak untuk tutup hidung ibu yang merah dan mata yang sembab dan ibu cuber tersenyum untuk hadap kehidupan sekali lagik..Senario serupa berulang bulan demi bulan..Sampai masa ibu dah malas nak check setiap kali terlewat. Tapi dalam hati, hanya Allah saja yg tahu betapa terkilannya ibu.


Kasut raya Naufal yang pertama ibu belikan.

Naufal anakku...
Setiap kali ibu telan obat yang pahit, ibu raser sesak sangat. Obat tu buat ibu makin "bloated". Ibu raser rimas sebab badan ibu makin naik. Ibu macam hilang keyakinan diri. Ibu hilang mood. Ibu jadi cengeng. Dan ibu terkejar kejar masa "subur" yang Dr suruh check tiap tiap kali ada perubahan. Rimas...tapi untuk dapatkan seorang Naufal, telan bara api pon ibu sanggop.


Nie Naufal umur 3 bulan. Comel. Bulat. Susu badan!


Naufal permata hatiku...
Biler Dr cakap ibu tak respond dengan treatment, ibu sedih sangat sangat. Menitik airmata ibu. Tak abes abes Dr tu cakap pasal ibu nie overweight. Oh hello! Ada jugak yang pat luar sana badan mcm gerabak keretapi, tapi anak berderet okey! Sakitnye hati ni....tiap kali pass by Mothercare, tak abes abes ibu belek baju baby yang lawa lawa, walaopon ibu terbelek baju baby warna pink lebih dari yang blue!


He enjoys traveling, eating and Discovery Channel
 
Naufal, yang memberi ibu nafas baru...
Biler ibu dapat tahu ibu hamil, airmata ni tak putus berderai. Sebab wahai anakku, kehadiran Naufal dalam rahim ibu hanya ibu tahu selepas 24 MINGGU!! Its like 6 months and IBU TAK TAHU YANG IBU NI HAMIL????!! Allahuakbar. Bila Dia mengkehendaki, dengan sekelip mata diberikan kenikmatan pada waktu ibu tidak mengharapkan apa apa. Ibu nie nama aje keje nurse, tapi nurse bodoh agaknye..Atau, Naufal seorang anak yang sangat baik tidak menyusahkan ibu. Alhamdulillah. Ibu tak muntah muntah. Ibu tak raser pening. Ibu tak mengidam. Malah tym pegi pasar, Ibu pernah terjatuh dan apple merah abes berterabur...hehe. Cumer ibu tahu, ibu penat and ngantuk teramat. Dan ibu suker sangat makan lauk lemak tahu tempeh dengan ikan selar goreng dan sambal belacan, yoghurt, sandwiches and kurma..
Tiap solat ibu berdoa agar Naufal lahir sempurna dan sihat. Tu aje doa ibu..Malam malam ibu menangis sebab ibu tak sangka ibu diberi nikmat untuk merasakan bagaimana rasernya mengandung. Perut ibu lawa. Bulat. Kulit ibu makin berseri seri. Dan rambut ibu jadi sihat sekali. I think i was at my best when im carrying you, Naufal.
Baju baby Naufal ibu beli, ibu cuci and ibu gantung dalam almari. Setiap kali Ibu letakkan baju tu pat dada ibu, ibu bayangkan macam mane muker Naufal nanti.
Ive enjoyed reading to you and swim with you. Sebab tu Naufal sekarang pon suker baca buku and swimming, kan?




Naufal yang ibu nanti nantikan...
Sakit nak melahirkan memang takde suitable words ibu nak describe. Kalo boleh terjun dari bilik bersalin tu agaknye, ibu memang sanggup! Haha..Dari pukul 11am ibu tahan, sampai pukul 630pm ibu dah muler raser resah. Tapi Naufal taknak jugak keluar..Dr terpaksa pecahkan waterbag ibu. Masukkan drip jadi permukaan rahim terbukak. Ohhh sakit betol lah! Pusing kiri tak boleh, pusing kanan pon sakit. Pinggang ibu mcm nak patah. Ibu dengar bilik sebelah ada seorang wanita yang tengah nak melahirkan, terpekik pekik. Ibu jadi takot. Tapi dalam menahan kesakitan tu, hanya zikrullah yang termampu. Ibu berdoa agar Naufal tak susah nak keluar nanti. Dan airmata ibu menitik teringat nenek yang melahirkan Ibu dulu. Ibu raser kesal. Kalo ibu tahu betapa sakitnya melahirkan, ibu taknak kasi nenek sedih. Saat tu, ibu baru tahu erti makna SYURGA DITELAPAK KAKI IBU.

2300HRS 04102001...
Ibu raser macam nak terbuang air besar. Ibu muler teran. Abah marah. Dia tak kasi ibu teran dulu. Ibu takleh control ler...Macam mane nak control..Abah kol nurse..Nurse masuk. Dia check cervix ibu da dilate 8cm. Nurse kol Dr specialist yang jaga ibu. Nurse makin ramai yang masuk. Lampu semua dorang nyalakan, Bilik ibu jadi terang benderang macam pat stadium. Hehe

2315HRS 04102001...
Nurses berdiri kiri kanan ibu. Kedua kaki ibu dirapatkan kedada. Pada saat tu hilang semua raser malu. Ibu cumer nak Naufal keluar. Ibu da rindu sangat nak tengok muker anak ibu. Rindu sangat sangat...Dr dah sampai...Cool aje dia..Abah berdiri pat tepi. Abah usap2 rambut ibu. Ibu genggam tangan abah sampai ada bekas kuku ibu. Blue black sampai 2 hari.

"Push!!!! Push!!!...Breath in.....1 2 3...push!!!!!" Tu aje yang Ibu dengar. Bukan main lagik nurse india yang baik hati tu suruh Ibu push. Bergema suara dia mcm lagu rayer pat radio..ulang ulang.

Nafas ibu lelah. Ibu macam dah penat. Naufal taknak keluar.

2338HRS 04102001...
Tapi with one last push, Naufal lahir kedunia. Waktu tu Ibu cumer dengar Abah cumer cakap Allahuakbar...and Ibu nangis lagik...Suddenly ibu raser mcm segala kepenatan  yang berserabut, hilang. Ibu raser ringan sangat. Ibu dengar suara Naufal. Heeee...Lepas tu, nurse letakkan Naufal pat dada ibu...Naufal comel skali. Ibu nangis lagik...haiss..nangis aje ibu ni..hehe

Muhammad Naufal
Yang pemurah dan dermawan. Walopon tak kaya harta, biarlah anak ibu pemurah dengan senyuman dan kasih sayang ya nak...



Naufal, anak ibu yang sempurna...
9 tahun dah berlalu, tapi ibu masih ingat setiap detik melahirkan mu nak....Kalo ibu dapat ulang sekali lagik, ibu sanggup. Ibu tak pernah menyesal. Ibu sangat bersyukur. Tanpa Naufal, hidup ibu kosong. Terima kasih anak ku kerana menjadikan ibu seorang wanita yang sangat sempurna. Dan ibu kenal diri sendiri sejak Naufal ada dalam diri ibu.


nutella choc fudge cake from aunty mid. delicious!

Naufal appreciates a small circle of friends whom he can really call siblings of his own


Naufal yang akan mendoakan  biler ibu sudah tiada...
Anak ku Naufal....selamat hari lahir nak..ibu tak mengharapkan apa apa. Cumer 3 pesan ibu, ingat Allah, jangan sombong diri dan selalu hormat orang tua. Insya allah hidup mu selamat wahai anak ku. Naufal, be a good cultivated individual when you grow up. Kadang kadang ibu marah, ibu terpekik terlolong mcm tarzan pencen pat Naufal, tapi tu pasal ibu sayangkan Naufal. Selamat ulangtahun sayang..I hope you enjoy the small celebration we had at home with our loved ones. Im happy to see you happy.

HAPPY BIRTHDAY NAUFAL.




Sunday, September 26, 2010

Kepak Ayam Madu

Resipi yang paling mudah..Beli kepak ayam, marinate and perap. Cukup tym, masukkan dalam ketuhar and grill. Nak goreng pon ok. Dan kalo rajin, buatlah sambal cili. Hmmm...tak sampai 10 minit habis licin!

  • Kepak ayam dicuci bersih
  • Serbuk Za'atar (kalo takde, tak perlu)
  • Serbuk kari daging
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Pepper
  • Coarse black pepper
  • Madu
Gaulkan semua rempah dan madu dan perap kepak ayam. Lebih lama diperap, lebih sedap. Dipanggang dalam ketuhar pada suhu 200'c selama 10-15minit.

Its finger licking good!

Wednesday, September 22, 2010

Siput Sedut Lemak Cili Api

1st tym cuber masak lauk nie...Selalu nye kesedapan makan siput sedut pat restoran Hajah Maimunah.  Cumer biler dengar dari kawan kawan yang cakap tym nak bersihkan siput nie bergerak dan merayap, tu yang buat malas sikit. Tapi, cekalkan hati, cuber jugak. Tak lah geli sangat...Sukses!!

  • Siput yang dibersihkan, dipotong bahagian belakang, cuci dan toskan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi merah
  • Kunyit basah
  • Serai dititik
  • Daun kunyit
  • Santan cair dan pekat
  • Garam
  • Tumis bahan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan serai dan daun kunyit. Tambahkan santan cair dan pekat. Gaul hingga mendidih. Bubuh garam. Masukkan siput dan gaul hingga sebati.
Thanks Kak Za yang beri tips tips camne nak bersihkan siput nie...lurp you many many!

Wednesday, September 15, 2010

All spice and everything yummy

Pertama kali jatuh cinta dengan keenakan Za'atar 4 tahun lalu, biler ada anak kepada seorang pesakit dari UAE ni tgh shiok shiok sarapan pagi dalam bilik wad. Mula mula dia kuarkan roti arab, seakan akan roti pita, dah tu dia sapu cheese spread, lepas tu dia kuarkan satu botol berisi benda hijau ni, dia sapu lagik. Lepas tu dia gulung roti tu dan dia mengigit roti tu dengan penuh kenikmatan. Aku yang tengah bed sponging bapak dia (dah arwah org tu) hanya mampu melihat dalam kelaparan....Aku curiouslah. Ape benda hijau yang dia sapu tu...So aku tanye.."Shu akil ya Mariam?" Dia jawab " Za'atar". " Shu Za'atar?" Lepas tu, dia suapkan roti tu aku dengan tangan dia sendiri! Aduhai.........keenakan Za'atar bermain main ditekak dan lepas tu, aku tercarik carik mane aku nak dapatkan benda yang enak ni?

Dengan the wonders of Facebook, aku dapat berchat dengan cuzzen yang duk pat Dubai. Aku tanye aku naaaak sangat makan Za'atar. Ape lagik, raya kelmarin dia bawak balek 1 botol Za'atar utk aku. Yippeee!!!

Za'atar must be mix with olive oil. Sampai dapat konsistensi mcm inai. Tak payah tambah garam sebab dalam ramuan rempah ratus memang da ada garam. Mcm mcm resipi boleh masak dengan Za'atar. Bole buat marinate ayam panggang, pizza, makan dengan roti dan macam macam lagiklah .For a wonderful read and recipes on Za'atar, click here.

Today i had some wraps in the fridge. I spread cheese spread, za'atar, mozarella cheese, cheddar cheese, salami and another one is just za'atar spread with mozarella cheese.

Its Za'atarlicious!

Tuesday, September 14, 2010

Lucky Fifty

Issshhh geram!! Tym rayer mcm nie lah orang orang sibuk mengemas umah and buang benda yang dah buruk atau yang da tak pakai lagik. Bukan tu aje, ada jugak manusia yang tak berhati perut buang anak  kucing jugak!! Tulah dia, nak piara binatang nie kena banyak komitmen dan kesabaran. Mane nak bersihkan najis, kasi makan minum, jaga sakit muntah tercekik tulang ikan, mandikan, grooming..tu semua nak kena amek kisah jugak.Walaopon kucing nie jenis binatang yang paling bersih dan senang dijaga, sebagai the owner, YOU must be responsible!

Macam hari ni..tgh sedap sedap golek atas katil sambil layan FB, nampak kawan baik post satu link pasal ada kucing dibuang oleh tuan yang dah berpindah ke rumah baru. Si kucing yang malang tu ditinggalkan pat umah org lain. Kebetulan my fren nie, emak dia mmg ada piara kucing. So yang tak berhati perut tu ingat, oooh senanglah kucing aku ni dapat makan dan tempat tinggal. Zalim! Capital Z!!

So, i went down to take a look at the cat. Kucing jantan. Parsi. Flatface. Classic breed. Kesian....Kotor. Kurus. Bulu dia plak bergumpal gumpal. Kucing Parsi nie perlukan grooming setiap hari agar bulu bulu tak bergumpal gumpal. Mungkin tuan yang takde hati tapi cumer ada perot tu dah malas nak grooming and sebab dia dah pindah jadi taknak umah baru dia kotor,so dia lontarkan kucing tu pat koridor umah orang lain!Isssshhh!!!! Geraaaamnye!!!


Lepas dimandikan...Suker dia!
 I bawak balek kucing tu. Mak Jah panggil dia Memek sebab muker dia kemek. Dah pat umah, my 2 other cats tercium cium kawan baru dorang. Mandikan si Memek n kasi dia makan. Lepas tu, bulu bulu yg bergumpal gumpal tu i shaved it off. Nanti lagi 2 bulan biar bulu yang sihat pulak tumbuh. Memek nie manja sangat dgn orang....Since nama Memek tu tak style sangat, I kol him FIFTY.  Sebab hari ni 5 syawal...Insya allah, kehadiran Fifty aka Memek pada 5 Syawal ni akan membawa kebahagian untuk kami sekeluarga! Meow!!

Fifty titon dalam CATgumbiraan.


Saturday, September 11, 2010

Sweets for my sweet

Assalamualaiikum

Salam lebaran! Hari nie dah 2 Syawal. Cepat nyeee.. Tahun nie sepupu yang duk pat Dubai dapat balek beraya. Sheida ada kirim Baklava. Memang mahal kalo nak beli pat Arab Street nie. Tahun lepas, ada pesakit UAE yang datang untuk follow up pat spital bawakkan satu kotak besar Baklava untuk nurses share among each other... Nak tahu ape itu  Baklava? Sesuai untuk tea time. So sinful!

Fresh from Dubai UAE
Yeay!! My Baklava is here!!
Happy Drooling, My Sweet Cravingz..

Friday, September 10, 2010

Jom Ikot I Beli Bunga

Assalamualaiikum
Hah...! Memang tiap tiap bulan dan hari raya mesti nak singgah tempat nursery ni. Bunga segar jual murah murah and banyaaaaaak choices! Mcm pat kedai bunga pat Petaling Street tu, penuh sesak dgn orang yang nak beli bunger! Suker sangat! So ramai yang tak tahu, especially yang tinggal pat spore, kalo nak beli bunga segar untuk mengindahkan umah anda lebaran ini atau untuk hantar bunga rose utk yg tersayang, klik sini






"Arranging a vase of flowers in the morning can give a sense of quiet in a crowded day- its like writing a poem or saying a prayer."
Related Posts with Thumbnails